Haii,pertama skali.. sahabat2 sekalian tau tak cara nak buat CIMB Clicks?
sebelum nih ader dak tanya member-member camne nk buat?
sebenarnya buat Penat je tanya kt dorg, lebih baik search google..banyak muncul jawapan yang sering menjadi persoalan.itu pon nk tanye kwn..huhu
sahabat , tau tak Banyak kelebihan kalau guna CIMB Cllicks nih....boleh bayar bil, topup, shopping dan paling penting dapat tengok berapa jumlah duit korang tanpa perlu pergi ke ATM.....tak yah ar susah-susah beratur panjang semata-mata nak tengok duit simpanan....
Benda pertama yang korang perlu buat ialah
1-pergi ke mesin ATM CIMB yang berdekatan
2-masukkan kad korang
3-tekan no. pin korang.
4- klik pada 'lain-lain'
5-klik pula pada 'CIMB clicks'.
Nanti akan keluar dua pilihan
6-setelkan pilihan yang pertama
7-kemudian setelkan yang kedua pulak.
--Bila dah siap ,
8-korang akan dapt no.pin tersebut melalui telefon
9- Ok, bila dah buat semua tu, pergi ke laman web https://www.cimbclicks.com.my/
Langkah 1:
Untuk melakukan pendaftaran secara atas talian bagi CIMB, layari laman web http://www.cimbclicks.com.my. Setelah klik 'Online Registration' paparan seperti di atas akan muncul. Di dalam kotak yang pertama perlu diisi dengan nombor kad ATM yang terpapr di belakang kad. Kotak kedua pula untuk pin ATM, kemudia perlu mengisi ruangan kosong mengikut aksara-aksara yang telah dipaparkan. Kemudian pengguna perlu klik pada kotak kecil di bawah untuk menyatakan persetujuan bagi melakukan pendaftaran secara atas talian ini
Langkah 2:
Setelah bersetuju, paparan di atas akan muncul di mana kotak tersebut perlu diisi dengan kod yang di hantar oleh pihak CIMB melalui sistem pesanan ringkas(SMS). setelah menerima sms tersebut, isi kotak tersebut dengan kod yang telah dihantar, kemudian klik butang 'continue' menandakan langkah pengesahan akaun telah selesai.
Langkah 3:
Langkah seterusnya adalah untuk mencipta ID pengguna dan kata laluan. Dalam paparan tersebut telah tersedia enam kotak kosong untuk diisi. Antaranya ID pengguna CIMB Click, kata laluan, pengesahan kata laluan, nama ibu, alamat emel dan perkataan yang dianggap selamat apabila terlupa ID pengguna atau kata laluan.Setelah mengisi maklumat yang diperlukan seperti paparan di atas, pengguna boleh la menekan butan 'continue' untuk meneruskan pendaftaran.
Langkah 4:
Paparan yang mengucapkan tahniah akan muncul jika pengguna telah selesai mengisi maklumat peribadi, kata laluan, ID pengguna dan sebagainya. Di dalam paparan tersebut jugak terdapat satu butang untuk pengguna meneruskan mengakses akaun.
Langkah 5:
Setelah pengguna meneruskan untuk mengakses akaun CIMB, pengguna perlu mengisi semula ID pengguna yang telah dicipta tadi agar akaun dapat dibuka. Pengguna perlu menekan butang 'submit' untuk meneruskan proses.
Langkah 6:
Kemudian, ruangan yang disediakan adalah untuk diisi dengan kata laluan yang telah pengguna cipta sebentar tadi.
Langkah 7:
Setelah semua telah selesai diisikan, laman yang terpapar di atas akan muncul menandakan pengguna telah pun berjaya memasuki akaun atas talian pengguna tersebut. Kini pengguna telah pun berada di laman yang selamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan